RaraResepi. Powered by Blogger.
RSS

Kuih Melaka (Onde-onde)


Bahan-Bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apam Polkadot


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Quaker Oats



Bahan-bahan :
  1. 1 tin quaker oats (sederhana)
  2. 1 tin kelapa parut kering
  3. 1/2 sudu baking soda
  4. Margerine
  5. 1 biji telur ayam
  6. 1 cawan gula
  7. Badam (untuk hiasan)
Cara-cara :

- Kelapa parut, baking soda & quaker oats digaul sebati.
- Masukkan telur & gula. Gaul serata.
- Lembutkan adunan dengan margerine.
- Ambil sedikit adunan & bulatkan seperti guli.
- Susunkan dalam pembakar, hiaskan dengan badam.
- Bakar sehingga 10 - 15 minit.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cocktail Buah-buahan


Bahan-bahan :
  1. 4 sudu besar tepung kastard. (Bancuh dahulu)
  2. 1 tin susu sejat
  3. 1 tin buah buahan cocktail
  4. Air
Cara-cara :

-Isi 3/4 gelas air ke dalam periuk, biarkan sampai mendidih.
-Masukkan 1 tin susu sejat. Biarkan mendidih. Ketepikan.
-Bancuh tepung kastard sebanyak 4 sudu besar. 
-Bila susu sejat tadi sudah mendidih, masukkan tepung kastard yang dibancuh tadi. Kacau sehingga menjadi          kuning keemasan.
-Akhir sekali, masukkan 1 tin buah buahan cocktail, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
-Tutup api dan biarkan sehingga sejuk.

*Cocktail lebih sedap dimakan dengan ais batu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oreo Cheese Cupcake


Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo (ros x letak)
- tambah 50ml whipping cream.
( tambahkan 1 sudu besar tepung gandum dalam adunan ni)

Hiasan :  Serbuk oreo secukupnya

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).  Ketepikan dahulu.
2.  Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati. ( masukkan juga 50ml whipping cream dan pukul sebati.
3.  Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya.  Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.
4.  Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chocolate Mini Muffin




Bahan-Bahan

·         ½  cawan mentega
·         ½  cawan minyak jagung
·         1 ¼ cawan gula perang
·         3 biji telur
·         2 ½ cwn tepung gandum
·         1 sudu teh baking powder
·         1 sudu teh soda bikarbonat
·         3 sudu makan serbuk koko
·         200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
·         Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:

1.     Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.   Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.   Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4.   Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5.   Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
6.   Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7.   Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
Tips:

1.     Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
2.   Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3.   Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4.   Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5.   Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
6.   Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Selamat Mencuba !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dadih Jagung




Bahan - bahan :

  1. 25 gram agar agar (di rendam)
  2. 1/2 kg gula pasir
  3. 3 liter air
  4. 1 tin susu cair Ideal
  5. Perasa jagung
  6. 1 pek kecil susu tepung (400 gram)
  7. 1 liter air panas (dibancuh bersama hingga sebati)
  8. Bekas plastik kecil dalam 50 biji
Cara - cara :

-Dengan menggunakan periuk besar, rebus air 3 liter hingga mendidih, masukkan agar agar, bila dah hancur  masukkan gula.
-Masukkan susu cair dan susu tepung yang telah dicampur air panas tadi.
-Kemudian masukkan perasa jagung hingga kuningnya kelihatan cantik dan rasanya sedap. Tutup api.
-Sendukkan ke dalam bekas pelastik semasa panas. Bila sejuk, dadih ini kelihatan cair bukan keras jadi sukatan air mesti tepat.
-Sejukkan sebelum makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...